Terbongkar! Video Pengakuan Ibu & Adiknya Ini Membuktikan Sajat Adalah Seorang LELAKI!


Loading...

Siri pembongkaran dalam satu klip video dokumentari khas yang pernah siarkan di saluran TV1 menerusi program ‘EKSLUSIF’ pada tahun 2012, membuktikan bahawa Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat adalah seoranglelaki! Keluarganya sendiri mengakui sajat sebenarnya seorang lelaki dalam temubual yang dilakukan sekitar 6 tahun lepas.

Dalam temubual itu, ibu Sajat menceritakan bahawa sejak kecil Sajat sudah mula menunjukkan cenderungnya ke dalam dunia wanita apabila dia sering dan gemar bermain alat makeup. Malahan, Sajat juga sering memakai pakaian wanita milik kakaknya atau adiknya.

Selain daripada itu, ketika tidur juga Sajat mempunyai tabiat akan memakai kasut tumit tinggi milik ibunya. Naluri keperempuan dalam diri Sajat yang dilahirkan sebagai seorang lelaki amatlah kuat hingga dia sendiri nekad untuk menukar jantinanya.

Ibu Sajat menambah, dia adalah orang pertama yang mengesan perubahan Sajat apabila Sajat mula mengambil pil hormon sejak usianya 14 tahun. Namun walaupun dirinya maknya, Sajat ketika itu yang masih kecil telah mampu untuk mencari duit belanjanya sendiri.

Sebagai seorang ibu, pastinya berat dan sukar untuk menerima hakikat anak yang dilahirkan didunia adalah lelaki namun mengambil keputusan menukar jantina kepada perempuan. Segala cacian dan hinaan dari masyrakat membuatkan keluarga tidak menerima perbuatan Sajat. Namun, air dicincang takkan putus.

Menyedari Sajat itu adalah anak kandungnya, lama kelamaan mereka terpaksa menerima kenyataan. Ibu Sajat juga menasihati para ibu bapa agar tidak memulaukan atau membuang sekiranya mempunyai ahli keluarga yang bertukar jantina asal.

Apa yang seharusnya dilakukan ialah, tetap memberikan sokongan tidak berhenti pada mereka, kerana walaupun wajah dan jantina berubah namun jangan hati yang berubah. Adik Sajat juga mengatakan, abangnyatidak minta dilahirkan di dunia seperti ini.

“Sakit sebenarnya jadi macamni. Bayangkan kalau diri saya ini wanita, tiba tiba saya rasa saya yang lelaki,” ujarnya.

Saksikan Video Penuh Eksklusif Pembongkaran Sajat Sebenarnya Seorang Lelaki;

Terbaru, viral video apabila seorang lelaki di Facebook dikenali sebagai ‘Papagomo‘ telah menghubungi sendiri Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Dato Seri Jamil Khir. Dia mempersoalkan pihak Jakim yang tidak ambil tindakan mengenai isu jantina Sajat dan ini jawapan yang diterima.

Papagomo mempersoalkan pihak Jakim yang tidak ambil tindakan terhadap Sajat. Ini jawapan yang diterima dari Dato Seri Jamil Khir.

“Jakim hanya sekadar urus setia. Untuk peruntukan undang-undang dibawah jabatan agama negeri masing-masing.”

Menurut pihak Dato Seri Jamil Khir, Jakim tidak pegang undang-undang. Pihak Jakim hanya urus setia dan memegang Mahkamah Syariah sahaja. Walau bagaimanapun, lelaki ini tetap tegas mengatakan bahawa Sajat perlu diambil tindakan dari terus menjadi pengaruh buruk masyarakat.

“Orang tak kira benda tu. Saya minta kalau boleh, sebab kes ini memang kes lampau. Ramai orang geram bila dia tunjuk dia dengan lelaki dia dengan dukung anak-anak, seolah Malaysia ini bebas. Dia tunjuklah dia bakal berkahwin, mana boleh macam tu. Kalau boleh saya minta pihak Jakim ambil tindakan, lapor lah kepada pejabat agama Islam negeri,” kata Papagomo.

Sementara itu, JAKIM menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat.

Hajat itu disuarakan menerusi ‘mesej terbuka’ oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof khusus buat Sajat.

Menurut Izwan yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim, beliau berhajat untuk berjumpa Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.

“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke Jakim supaya kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat.

“Atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7,” katanya menerusi satu ‘posting’ di laman sosial Facebook pada petang Isnin.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Twitternya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama Sajat.

“Assalamualaikum, Dr Izwan Yusof, setuju dan aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum,” kata Othman.

Dalam pada itu, berkenaan hal-hal membabitkan Sajat di media sosial, kata Izwan, Jakim mengambil sikap berkecuali kerana mereka perlu mengetahui masalah sebenar yang dihadapi.

“Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap Sajat.

“Saya dan rakan-rakan di Jakim sentiasa terbuka membantu dan beri khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam,” katanya.

Menerusi pertemuan itu nanti, Izwan berkata, beliau yakin akan merungkaikan persoalan yang terus berlegar di kalangan ummah.

“Kami juga ingin nasihatkan Sajat supaya mendekati al-Qur’an dan banyakkan zikrullah. Ini kerana ia akan membantu jiwa kita menjadi tenang,” kata Izwan.

–Youtube EKSKLUSIFTV1, Mstar, Facebook Sir Azri

Via infokini.my

Loading...