Kerana Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Tukar Jantina Untuk Berkahwin Dengan Teman Lelakinya

Loading...

Terkini seperti yang dilaporkan oleh Coconuts Bangkok, seorang lelaki daripada Thailand sanggup melakukan semua itu kerana cintanya apabila menjalani pembedahan menukar jantina gara-gara ingin mengahwini dengan pasangannya yang juga seorang lelaki dia sangat cintai semenjak dulu.

Lelaki tersebut yang menukar jantinanya dikenali sebagai Monchai Saengtongsuk, 35, telah membuat keputusan untuk menjalani pembedahan penukaran jantinanya kerana hasratnya untuk berkahwin dengan pasangannya itu yang dikenali sebagai Anurak Inno, 23.
<img src=”https://kalamhitam.com/wp-content/uploads/2017/11/kawin.jpg”>
Difahamkan, dia terpaksa tukar jantina memandangkan undang-undang di negara Thailand pada masa ini masih lagi belum mengizinkan mana-mana pasangan yang ingin berkahwin sesama jenis atau sama jantina.

Pasangan ini Anurak dan Monchai dikatakan telah bertemu untuk pertama kalinya sewaktu mereka berkerja di syarikat yang sama iaitu syarikat pemprosesan daging yang menjadi saksi pertemuan mereka.

Menurut Anurak, dia begitu gembira selepas pasangannya itu memberitahunya yang dia ingin menjalani pembedahan tersebut pada tahun lalu demi menamatkan zaman bujangnya serta membuktikan rasa cintanya terhadap kekasihnya itu.
<img src=”https://kalamhitam.com/wp-content/uploads/2017/11/kawin2.jpg”>
<img src=”https://kalamhitam.com/wp-content/uploads/2017/11/kawin3.jpg”>
“Saya senang berkerja di samping dia yang saya cintai,” kata Monchai.

Sebagai penghargaan terhadap ‘isterinya’ itu, Anurak dilaporkan telah memberikan wang hantaran sempena perkahwinan mereka sebanyak 1 juta Baht iaitu kira-kira RM126,000 lebih termasuk seutas rantai emas, seurat gelang dan juga 2 bentuk cincin sebagai bukti rasa kasih dan cintanya.

Pasangan tersebut juga turut membuat satu majlis makan bagi meraikan perkahwinan mereka dengan menempah 150 meja sempena majlis resepsi mereka itu yang dihadiri ramai kaum keluarga dan juga sahabat handai.

Kisah mereka telah tersebar ke seluruh media sosial yang turut menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata mengecam tindakan lelaki tersebut kerana tukar jantina malah ada yang bersetuju dia berbuat demikian untuk membuktikan cinta sejatinya itu.

Loading…Sumber Asal

Loading...